20 March 2011

BINTANG JATUH

          Suatu hari bintang berkata pada bulan... Aku tidak mahu lagi menemanimu mulai malam ini dan seterusnya... Kenapa? Bulan pula bertanya. Padahal aku menyukaimu, aku menyukai malam-malam dimana kau ada dan menemaniku hingga fajar menjelang. Bintang itu hanya diam redup dan bersembunyi di sebalik awan.
          Oleh kerana bulan menyukainya maka bintang itu menghilang. Cinta memang aneh. Bukankah ia seharusnya bersatu? Bintang itu mencintai bulan. Tetapi bulan tidak mencintainya, ia hanya menyukainya. Siapa pula yang membezakan cinta dengan suka? Kenapa bulan tidak membencinya saja, malah bulan menyukainya sehingga bintang tidak mempunyai alasan untuk tidak menemaninya malam nanti.
          Kerana itu ia tidak pernah dapat mengumpulkan keberanian untuk berkata pada bulan - aku mencintaimu! Bulan sendiri tidak pernah menganggap bintang sebagai lebih daripada sahabat yang selalu menemaninya setiap malam. Dan bintang sangat mengerti sesuatu - aku mencintai matahari - bulan memberitahu - ia dapat membuatku bersinar indah di waktu malam.
          Bintang tak pernah habis berfikir kenapa bulan mencintai matahari. Bulan bahkan hampir tak pernah bertemu dengan matahari dan ketika mereka hampir beremu pun bulan akan kehilangan sinarnya. Matahari tidak pernah memikirkan bulan. Ia hanya bersinar dan memberikan sinarnya tanpa membeza-bezakan sesiapa. Ia bahkan tidak mengetahui kalau sinarnya dimanfaatkan oleh bulan untuk bersinar di malam hari.
          Ia hanya menganggap bulan sebagai benda yang kadang-kadang menghalangnya memberi sinar kepada bumi. Mungkin matahari mencintai bumi. Bintang merasa tidak mendapatkan keadilan. Kenapa bulan mencintai matahari yang bahkan tidak pernah memikirkan bulan dan bukan mencintai bintang yang mencintai bulan dengan sepenuh hatinya? Bintang juga merasa tak berdaya kerana walaupun ia ingin memberikan seluruh sinarnya kepada bulan agar selalu kilau-kemilau. Bintang tak berdaya melakukannya kerana jaraknya yang sangat jauh.
          Matahari juga adalah bintang. Bintang unggu yang sama seperti dirinya kerana kedudukan matahari dapat terlihat lebih terang daripada bintang. Tapi bintang bukan matahari. Kerana itu bulan tidak mencintai bintang. Cinta memang aneh. Kerana itu sekali lagi bintang berkata, kalai ini kepada semua teman-temannya - aku tidak akan lagi menemani bulan mulai malam ini. Kemudian, ia menghilang. Bukan hanya redup dan bersembunyi di balik awan. Dan tak pernah lagi menemani bulan...
Terima Kasih kerana sudi membaca coretan SecretLove :)

© All right reserved by Chockylurf Monqeychit @ Secret Love ♥